al-Qaradhawi : Takbir Raya Yang Warid Dari Nabi saw

Soalan :

Bilakah dimulakan takbir hari raya ? dan apakah bentuk takbir yang ma’thur dalam bertakbir ?

Dari Fatwa Mu’asarah al-Qaradhawi
Takbir Hari Raya
Penterjemah : Mohamad Abdul Kadir bin Sahak

Soalan :

Bilakah dimulakan takbir hari raya ? dan apakah bentuk takbir yang ma’thur dalam bertakbir ?

Jawapan :

Takbir hari raya al-Adha terbahagi kepada dua:
(Pertama) Takbir al-mutlak harus dari awal zul hijjah hingga ke hari raya (10 zulhijjah), dengan bertakbir di jalan-jalan dan dipasar-pasar, di Mina, apabila seseorang bertemu dengan seorang yang lain, mereka membesarkan Allah (dengan bertakbir).

(Kedua) Takbir al-Muqayyad ialah takbir selepas solat-solat fardhu, terutamanya bagi solat jamaah sepertimana yang disyaratkan oleh kebanyakan para fuqaha. Demikian juga (dilakukan) ditempat solat hari raya, ketika menuju ketempat solat hari raya, ketika duduk di dalamnya, hendaklah setiap orang bertakbir dan jangan dia duduk mendiamkan diri, samaada ‘Ied al-Fitr atau ‘Ied al-Adha, kerana pada hari tersebut sepatutnya di zahirkan syiar-syiar Islam. Dan antara yang lebih jelas syiar-syiar itu adalah dengan bertakbir.

زينوا اعيادكم بالتكبير

Maksudnya: “Hiasilah hari raya kamu dengan bertakbir.” (Riwayat al-Tobrani di dalam al-Soghir dan al-Awsath)

Berdasarkan ini, sewajarnya bagi orang muslim menzahirkan syiar ini pada hari raya, apabila mereka menuju ke tempat solat atau duduk di dalamnya menunggu didirikan solat, hendaklah mereka mengangkat suara-suara mereka bertakbir dengan menyebut:

الله أكبر الله أكبر لا إله إلاالله والله أكبر الله أكبر ولله الحمد

Inilah bentuk yang warid daripada Ibn Mas’ud, Imam Ahmad mengambil bentuk takbir ini, terdapat juga bentuk takbir dari Salman:

الله أكبر الله أكبر الله أكبر كبيرا

Adapun selawat dan zikir-zikir yang lain tidak warid dari Nabi saw seperti (ucapan):

اللهم صلّ على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد…

Selawat ke atas Nabi saw disyariatkan pada bila-bila masa, akan tetapi menentukannya dengan bentuk sebegini dan pada waktu ini tidak terdapat dari Nabi saw dan tidak juga dari salah seorang sahabat baginda. Sama juga dengan ungkapan takbir hari raya yang ditambah itu:

لا إله إلا الله وحده, صدق وعده, ونصرعبده, وهزم الأحزاب وحده….

Bentuk Ini juga bukan bentuk takbir yang ditentukan untuk hari raya, sebaliknya yang takbir yang ma’thur adalah apa yang telah disebutkan tadi, iaitulah:

الله أكبر الله أكبر لا إله إلاالله والله أكبر الله أكبر ولله الحمد

Maka bagi setiap muslim sepatutnya benar-benar mengambil berat tentang takbir ini, supaya dia memenuhkan ruang tempat solat dengan bertakbir dan dia bertakbir pada hari-hari haji kesemuanya. Adapun takbir al-Muqayyad dengan selesai solat-solat fardhu, ia dimulakan selepas solat fajar hari ‘Arafah dan berterusan hingga 23 waktu solat, yakni hingga hari keempat hari raya haji, dimana takbir itu diakhiri selepas solat asar pada hari tersebut. (Fatwa Muasarah, juzu 1, m.s. 411-412)

No comments:

Post a Comment

ALHAMDULILLAH..BLOG YANG PENUH MANFAAT...TIME KASIH NGAN KEJESAME AKHI ANA